Halaman

Rabu, 28 April 2010

KARANGAN JENIS PERIBAHASA

MELETUR AUR, BIARLAH DARI REBUNGNYA.

Peribahasa ‘ meletur aur,biarlah dari rebungnya’ bermaksud,anak-anak perlulah dididik sejak mereka masih kecil lagi.
Hal ini kerana, anak-anak umpama rebung yang masih lembut. Jadi, adalah mudah untuk diletur mengikut arah yang kita kehendaki.
Peribahasa ini telah wujud sejak dahulu lagi.Namun, ia masih sesuai untuk dijadikan sebagai panduan. Apatah lagi, anak-anak ibarat sehelai kain putih. Jadi, terpulanglah kepada ibu bapa mencorakkan kehidupan mereka.
Untuk melahirkan manusia yang berguna kepada bangsa,agama dan negara,anak-anak perlu dididik dengan sempurna. Tanamkan nilai-nilai yang positif ke dalam jiwa setiap kanak-kanak,seperti bercakap benar, tolong-menolong dan sebagainya. Apabila mereka melakukan kesilapan, mereka hendaklah ditegur supaya tidak mengulangi kesilapan itu.
Anak-anak perlu dijauhkan daripada nilai-nilai yang negatif seperti bercakap bohonh,bersikap kurang ajar dan sebagainya. Jika nilai-nilai tersebut didapati dalam diri seorang kanak-kanak, adalah tidak mustahil bagi mereka untuk terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat apabila dewasa kelak. Contoh-contoh kegiatan yang tidak sihat ialah ponteng sekolah, mencuri, menghisap dadah dan melakukan kegiatan-kegiatan jenayah yang lain.
Daripada keterangan di atas, jelaslah akan maksud peribahasa ini. Oleh itu, untuk melahirkan generasi yang berguna kepada bangsa, agama dan negara, peribahasa ini perlu dijadikan sebagai pegangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan