Halaman

Rabu, 28 April 2010

KARANGAN JENIS DIALOG

TAJUK : Andaikan bahawa anda pelajar Melayu menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda
mendapat tempat kedua. Anda dikalahkan oleh seorang pelajar bukan Melayu. Anda ingin mengucapkan
tahniah dan menyatakan perasaan kagum akan kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.

RANGKA:
1. Pendahuluan :
- Mengucapkan tahniah

2. Isi :
a] Siva berharap agar kejayaannya memberikan semangat kepada pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari
Bahasa Malayu.
b] Menyatakan perasaan kagum - bertanya tentang cara dia mempelajari Bahasa Melayu.
c] Siva menyatakan cara dia mempelajari Bahasa Melayu.

3. Penutup:
- Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan.

KARANGAN :

Azman : Tahniah, Siva, kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva : Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-
pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari itu. Setiap kata yang kamu ucapkan
jelas dan lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari bahasa Melayu?
Siva : Keluarga saya menggalakkan saya mempelajari buku-buku bahasa Melayu yang
berkamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih
diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap.
Azman : Kalau begitu, tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan
beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu, Siva.
Siva : Mengapa?
Azman : Selama ini saya menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu
adalah bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.
Siva : Baguslah Azman, kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai
bahasa kebangsaan negara kita.
Azman : Ya, Baiklah, Siva.


FORMAT KARANGAN JENIS DIALOG

Nama A : ----------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------- Pendahuluan
Nama B : ----------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------
Nama A : -----------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
Nama B : ----------------------------------------------------------------- Isi-Isi
-----------------------------------------------------------------
Nama A : ----------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
Nama B : ----------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------
Nama A : --------------------------------------------------------------- Penutup
----------------------------------------------------------------

1 ulasan:

  1. saya sebagai pelajar tingkatan 3ingin mengucapkan terima kasih atas maklumat cikgu :)

    BalasPadam